7 Tips Mengajar Anak Berpuasa

Umur berapa patutnya mula latih anak berpuasa ya? Rasa kasihan pula nak suruh dia berlapar. Dahlah pertama kali ni.”

Dalam menyambut bulan Ramadhan, tentu ramai anak kecil dan ibu bapa yang teruja untuk berpuasa. Tetapi, bukan mudah melatih anak kecil untuk mula berpuasa seperti orang dewasa. Dari segi fizikalnya, mereka ini tidak berpengalaman dan masih belum cukup memahami tentang kewajipan berpuasa secara mendalam.

BILAKAH PATUT AJAR ANAK BERPUASA?

Menurut Perunding Paediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Fadzillah Ghazali melalui sebuah artikel, tiada usia yang ditetapkan bagi kanak-kanak untuk mula melatih diri berpuasa. Ia perlu dilakukan secara berperingkat dan ibu bapa adalah individu yang lebih arif untuk menyesuaikan latihan berpuasa mengikut kemampuan anak-anak.

Dari sudut pandangan Islam pula, umumnya kita tahu bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, sebahagian fuqana  berpendapat bahawa anak yang berusia 7 tahun diperintahkan untuk berpuasa jika mereka mampu, sebagaimana usia yang diperintahkan untuk solat

TIPS GALAKKAN ANAK BERPUASA DENGAN SERONOK. TANPA PAKSAAN!

Berikut adalah beberapa tips untuk ajar anak berpuasa sejak kecil.

1. PERIKSA KEMAMPUAN ANAK

Penting untuk ibu bapa memahamkan anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Libatkan mereka dalam solat sehari-hari dan dari situ, anda akan mendapati lebih mudah untuk anak memahami dan menjalankan ibadah puasa dengan rela hati.

Oleh itu, jangan membandingkan anak anda dengan orang lain. Sebaliknya, lihatlah kemampuan anak sendiri sama ada mereka bersedia untuk melakukan ibadah puasa.

anak berpuasa

Foto Kredit: umma.news

2. BERCERITA TENTANG PUASA

Lakukan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak memahami tentang ibadah puasa. Anda boleh berbual santai, membaca buku cerita, membuat kraf, lakonan boneka, atau menonton kisah Upin dan Ipin tentang puasa.

Kita tidak mahu mendidik anak supaya menganggap Islam adalah agama yang susah. Sebaliknya, ia adalah fitrah dan bersesuaian dengan semua manusia.

Foto Kredit: angsanacare.org

3. RANCANG SECARA BERPERINGKAT

Bagi yang pertama kali berpuasa, latihlah mereka secara berperingkat. Menurut Dr Fadzillah lagi, ibu bapa boleh memulakan dengan beberapa jam terlebih dahulu. Kemudian barulah diikuti dengan separuh hari dan seterusnya beberapa hari mengikut kemampuan anak.

Rutin seperti ini seeloknya dipertingkatkan setiap tahun tibanya bulan Ramadan. Dengan cara ini, mereka lebih bersedia dan tidak rasa terpaksa untuk berpuasa.

puasa di bulan ramadhan

Foto Kredit: vitals.lifehacker.com

4. SEDIAKAN JADUAL AKTIVITI

Apabila anak berpuasa nanti, mungkin anak akan kurang aktif kerana letih. Oleh itu, anda boleh cari idea-idea menarik atau DIY untuk mereka membuataktiviti indoor yang melekakan. Antaranya mewarna, menghias rumah, bermain play doh, blok binaan, melukis, membaca buku cerita, atau membuat kraf.

Menurut Dr MAZA, dalam riwayat al-Imam Muslim, sahabiyyah Nabi Rubaiyi’ bint Mu’awwiz menceritakan bagaimana mereka pada zaman itu melatih anak-anak mereka berpuasa, antara yang beliau sebutkan:

وَنَصْنَعُ لَهُمُ اللُّعْبَةَ مِنَ الْعِهْنِ فَنَذْهَبُ بِهِ مَعَنَا فَإِذَا سَأَلُونَا الطَّعَامَ أَعْطَيْنَاهُمُ اللُّعْبَةَ تُلْهِيهِمْ حَتَّى يُتِمُّوا صَوْمَهُمْ
“Kami buat untuk mereka mainan daripada bulu. Kami bawa bersama kami. Apabila anak-anak meminta makanan kami berikan mereka mainan tersebut untuk melupakan mereka (makanan) sehingga mereka menyempurnakan puasa”

Jika dibiarkan mereka menonton TV sepanjang hari, susah juga kerana banyak iklan-iklan makanan yang mungkin akan membuat mereka lapar!

Berikut adalah antara aktiviti di bulan puasa yang boleh anak anda lakukan:

persiapan ramadhan

Foto Kredit: glimmersnaps.com

4. HIDANGKAN MAKANAN KEGEMARAN UNTUK BERSAHUR & BERBUKA

Ibu-ibu perlu lebih kreatif di bulan Ramadhan ini dalam memastikan anak-anak mengambil keperluan makanan yang seimbang ketika bersahur dan berbuka. Carilah resepi yang menggabungkan makanan kegemaran mereka dengan keperluan sihat seperti nugget bersayur atau smoothie kurma dan coklat.

Bersederhana adalah kunci utama. Pastikan mereka minum air yang mencukupi dan tidak lupa memakan buah-buahan dan sayuran agar pencernaan mereka tidak terganggu.

Resepi nugget bersayur oleh Puan Aleen Aireish

5. LEWATKAN WAKTU SAHUR MEREKA

Anak-anak mungkin ‘liat’ untuk bangun pagi, apatah lagi bersahur. Kalau anak dibangunkan terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan tertidur semula sebelum sempat menunaikan solat Subuh. Sebaiknya, anda juga berbual-bual dengannya, menyalakan lampu yang terang, dan menjadikan suasana bersahur meriah agar mereka tidak mengantuk.

Dalam Islam, melewatkan sahur adalah perkara sunat. Dalam sebuah hadis meriwayatkan:

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Hadis riwayat at-Thabrani)

Bersahur dengan kurma

Foto Kredit: bbcgoodfood.com

6. BOLEH BERBUKA, TAPI KEKALKAN MOOD PUASA

Jika anak tidak mampu berpuasa, biarlah mereka berbuka. Namun, seeloknya kekalkan anak dalam mood berpuasa.

Ada 1 tip menarik yang pernah dikongsikan oleh seorang Pengetua Sekolah. Beliau berkata, bila anak mengadu lapar, bagi dia minum segelas susu dan makan sekadarnya. Kemudian, beritahu elok-elok,“Lepas ini kita cuba puasa balik ya.” Maksudnya, apa yang mereka makan itu ibarat sahur semula. Mudah-mudahan dengan cara ini juga, mereka dapat belajar juga untuk menghormati bulan puasa dan rasa gembira apabila berbuka dengan ibu bapa sewaktu Maghrib nanti.

cara ganti puasa

Foto Kredit: new-muslims.info

7. BERI PUJIAN DAN KATA POSITIF

Apabila anak berjaya berpuasa mengikut waktu tertentu, ucapkan tahniah kepada mereka. Walaupun 2-3 jam, walaupun setengah hari.

Jika mereka nampak seperti mahu berputus asa, berikan galakan. Mereka bukannya sengaja mencari alasan bermanja, tetapi sebenarnya sokongan ibu bapa amat diperlukan pada ketika ini. Jadi, anda perlu bersedia meluangkan masa untuk mereka.

anak berpuasa

Foto Kredit: kr.123rf.com

ISLAM ADALAH AGAMA YANG PENUH KELEMBUTAN & KASIH SAYANG

Dalam melatih anak berpuasa, lakukanlah ia dengan penuh hikmah. Elakkan memaksa dengan keras sehingga kewajipan lain; seperti solat, dianggap ringan oleh anak-anak.

Kalau anak tak mampu berpuasa, jangan sesekali mengejek, mengungkit, atau memalukan anak yang tidak berpuasa di hadapan orang lain. Ia boleh menjadikan mereka kurang yakin diri dan tak mahu mencuba lagi.

Produk Kesihatan Shaklee

Anak-anak Kak Ja belajar berpuasa seawal usia 4 tahun yang sulung dan anak yang kedua seawal usia 5 tahun.

Antara produk shaklee yang memang membantu mengatasi kelesuan dan tahan lapar anak-anak adalah MEALSHAKE:

Kebetulan Promosi Bulan Mei 2019 Diskaun 10% sangat berbaloi. Boleh wassup Kak Ja untuk pertanyaan lanjut.

www.wasap.my/60127677266/mealshake

Jadual Berbuka Puasa Negeri Johor

 


 Alhamdulillah, ramadhan datang lagi..cepat sungguh masa berlalu macam baru sangat ramadhan yang lalu. Tak sedar dah 1440hijrah dah.

Harini Kak Ja nak berikan jadual berbuka puasa dan imsak untuk memudahkan uols print dan tampal di peti ais masing-masing. Atau setkan kat telefon masing-masing senang nak rujuk kan?

Bersama ini juga Kak Ja ada sertakan doa berpuasa sebulan dan setiap hari. Jadi boleh pilih untuk dibacakan kepada anak-anak.

Niat berbuka puasa juga.

Bulan puasa ini ada beberapa perkara yang akan membatalkan puasa. Sepertimana dalam gambar di bawah.


 

Bahaya Penyakit HFMD

HFMD membawa maut?

Tak ramai yang ambil tau apakah sebenarnya penyakit HFMD ini.  Penyakit HFMD diambil daripada singkatan Hand Food Mouth Disease (HFMD).  Disini kak ja sertakan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan apa itu HFMD untuk pengetahuan bersama.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

Langkah 1

pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

Langkah 2

Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Langkah 3

Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut : Apa Yang Saya Perlu Tahu? – Dr Shaiful Ehsan

Umum mengetahui penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) seringkali terjadi di kalangan kanak-kanak yang mana kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya berserta rawatan sokongan di rumah. Namun baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan peningkatan kes tersebut sehingga ke peringkat wabak yang merbahaya. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah kita juga berisiko menghidapi penyakit ini?

Apakah penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD)?

Penyakit ini juga dikenali sebagai “Hand, foot and mouth disease” atau singkatannya HFMD iaitu penyakit yang mudah berjangkit di mana pesakit hadir dengan demam berserta dengan bintik-bintik merah dan ruam air, yang akhirnya memecah pada kulit di kaki dan tangan. Ia juga menyebabkan luka dan ulser pada rongga mulut yang mana boleh menyebabkan pesakit berasa sakit untuk menelan dan makan.

Demam yang dikaitkan dengan HFMD selalunya tidak tinggi iaitu tidak melebihi 38.30c. Namun, penyakit HFMD juga boleh berlaku tanpa kehadiran demam. Walaupun ciri-ciri utama HFMD adalah ruam air pada tiga kawasan utama iaitu tangan, kaki dan mulut, namun ianya juga boleh terjadi pada salah satu tempat sahaja. Kebanyakan ruam ini juga akan hilang pada hari ketiga dan keempat bermulanya demam.

Siapakah yang cenderung untuk mendapat jangkitan HFMD?

HFMD mudah merebak di kalangan kanak-kanak dan di tempat awam seperti sekolah dan taska. Namun ianya juga boleh berlaku pada golongan dewasa.

Apakah kuman yang menyebabkan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD)?

Kuman yang menyebabkan berlakunya penyakit HFMD adalah virus yang dikenali dari kumpulan Enterovirus – iaitu kuman virus yang biasanya berada dan merebak melalui lendir daripada saluran pernafasan dan saluran pemakanan manusia. Antara jenis virus yang selalunya menyebabkan wabak adalah dikenali dengan nama “Coxsackievirus A16” and “enterovirus A71”.

Coxsackievirus A16 selalunya meyebabkan penyakit HFMD yang mudah untuk sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang komplikasi. Manakala virus Enterovirus A71 selalunya akan menyebabkan kesan jangkitan yang agak teruk seperti demam yang lebih tinggi dan berlarutan serta keadaan badan yang lemah. Ia juga boleh menyebabkan kawasan ruam yang lebih luas dan banyak. Kuman ini juga boleh merebak kepada paru-paru, jantung dan otak yang mana akhirnya boleh membawa kepada kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik. Ini seterusnya akan mengakibatkan kematian.

Berapa lamakah pesakit HFMD dijangka sembuh?

Tempoh kesembuhan dari jangkitan HFMD adalah berbeza-beza. Namun secara umumnya, pesakit akan sembuh dalam tempoh lima hingga 10 hari. Walau bagaimanapun, pesakit akan mudah menyebarkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh tujuh hari pertama menghidapi HFMD.

Bagaimana kuman ini boleh merebak?

Kuman ini boleh merebak melalui lendir-lendir daripada saluran pernafasan dan pemakanan seperti hingus, air liur dan juga najis. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada kulit yang mengalami ruam air atau luka. Justeru, pesakit yang mengalami gejala-gejala HFMD perlulah di kuarantin di rumah dan tidak melawat atau berada di tempat-tempat awam seperti taska dan sekolah.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki saya mahupun anak saya mengalami HFMD?

Sesiapa sahaja yang mengesyaki dirinya menghidapai HFMD, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak perlulah berjumpa dengan pihak doktor di klinik dengan segera. Ini kerana pengecaman kes HFMD boleh dilakukan oleh pihak doktor melalui pertanyaan gejala-gejala yang dihidapi dan pada keadaan kulit, mulut dan pemeriksaan badan yang lainnya pada masa itu. Ini adalah penting supaya notifikasi kepada pihak kesihatan dapat dilakukan agar langkah-langkah pengesanan dan pencegahan dapat dijalankan dengan segera untuk mengelakkan wabak daripada berlaku di kawasan tersebut. Notifikasi oleh pihak doktor kepada unit kesihatan akan dilakukan seawal yang boleh dalam tempoh 24 jam.

Adakah darah perlu diambil untuk mengesan jangkitan HFMD?

Pengambilan sampel darah daripada pesakit HFMD kebiasaannya adalah tidak perlu. Ini kerana pihak doktor boleh mengenalpasti penyakit HFMD melalui gejala-gejala yang ada dan keadaan badan pesakit ketika diperiksa. Namun pengambilan sampel seperti dari rongga mulut dan lendir pada ruam adalah penting dalam siasatan oleh unit kesihatan terutama ketika wabak. Pengambilan sampel yang lebih lanjut seperti darah adalah perlu ketika keadaan pesakit adalah teruk atau berbeza daripada kebiasaan HFMD dan juga ketika pesakit dimasukkan ke hospital untuk mengenalpasti jenis virus yang merebak.

Apakah rawatan untuk penyakit HFMD?

Rawatan utama untuk penyakit HFMD secara umum adalah rawatan sokongan di rumah. Iaitu menggalakkan pesakit berehat di rumah dan mengambil air dan makanan secukupnya. Namun, rawatan susulan di hospital adalah perlu jika keadaan pesakit menjadi teruk atau berbeza seperti demam yang terlalu tinggi, lemah, tidak bermaya, tidak lalu makan, muntah berterusan, sawan, nafas menjadi laju atau sesak nafas.

Pesakit juga perlu dimasukkan ke hospital jika tiada sokongan yang cukup di rumah seperti ketiadaan penjaga atau pihak ibu bapa tidak berdaya memberi rawatan di rumah. Justeru itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan cuti khas untuk salah seorang penjaga untuk menjaga anak yang menghidapi HFMD di rumah.

Apakah komplikasi penyakit HFMD?

Keadaan HFMD yang teruk boleh meyebabkan pesakit tidak lalu makan dan kekurangan air. Virus yang merebak dengan pantas juga boleh menyebabkan kegagalan organ dalam berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kematian. Justeru, pemantauan yang kerap amatlah penting sama ada di rumah atau di hospital.

Adakah terdapat vaksin yang dapat mengelakkan jangkitan HFMD?

Sehingga kini, masih belum terdapat vaksin yang dicipta untuk mencegah jangkitan HFMD. Ianya masih dalam tempoh kajian.

Apa yang saya boleh bantu untuk mengelakkan wabak HFMD daripada berlaku?

Untuk mengelakkan daripada wabak HFMD berlaku, setiap individu mahupun penjaga apabila megesyaki diri atau anak jagaan mereka menghidapi HFMD perlulah berjumpa dengan pihak doktor dengan kadar segera. Mereka juga perlulah mengasingkan diri mereka daripada bercampur gaul dengan orang ramai. Cuti sakit yang diberi perlulah diamanahkan dengan sewajarnya dengan menjaga diri mahupun anak di rumah. Kebersihan diri perlulah dijaga seperti membasuh tangan terutama apabila berjumpa atau mengendalikan pesakit HFMD. Untuk penjaga yang menjaga anak-anak yang lebih kecil, penjagaan kebersihan yang lebih rapi juga perlulah diamalkan terutama apabila membersihkan najis anak dan ketika menukar lampin. Elakkan daripada berkongsi penggunaan sudu, cawan dan barang-barang peribadi yang lain ketika dijangkiti HFMD dan kesemuanya hendaklah senantiasa dibasuh dengan betul sehingga bersih selepas digunakan.

Pihak taska dan pusat jagaan kanak-kanak juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan saringan bagi memastikan kanak-kanak tiada sebarang tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum mereka dibawa ke pusat jagaan dan dibenarkan bercampur dengan kanak-kanak yang lain. Sekiranya ada kanak-kanak yang dilihat mengalami tanda-tanda jangkitan HFMD, pihak guru atau taska perlulah mengasingkan kanak-kanak tersebut di bilik yang sesuai sehingga pihak ibu bapa atau penjaga datang membawa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan. Kebersihan di taska dan di sekolah juga perlulah senantiasa dititikberatkan.

Kesimpulannya, penyakit HFMD adalah penyakit yang mudah berjangkit dan boleh membawa maut sekiranya teruk. Langkah terbaik untuk mencegah penyakit ini daripada menjadi wabak adalah dengan mengamalkan kebersihan oleh semua pihak.

Set Penjagaan dan Pencegahan Shaklee

Bagi set pencegahan Shaklee yang disyorkan adalah:

1. Amalkan kebersihan diri dan tempat tinggal yang baik
  • Basuh tangan sekembalinya dari tempat kerja sebelum memegang anak kecil
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas ke tandas, membersihkan najis bayi,menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.
  • Menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
  • Membasuh permainan anak, perabot dan lantai dengan cecair pencuci yang mengandungi klorin.
  • Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran

2. Elakkan tempat awam

Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri, pusat asuhan, taman permainan, pasaraya, pasar, sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.

3. Elakkan hubungan rapat 
Elak sentuhan seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.

4. Kuarantin

Sekiranya HFMD menjangkiti kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan adalah dinasihatkan agar tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh bagi mengelakkan jangkitan. **(Lebih kurang 10 hari dari hari demam atau sehingga hilang bintik merah pada tangan, kaki dan mulut)
Sekiranya perlu, premis atau institusi perlu ditutup dari tarikh mula sakit pesakit terakhir. Sekiranya berlaku di sekolah,memadai menutup kelas yang terlibat kerana semakin besar kumpulan kanak-kanak,semakin rendah risiko jangkitan.

5 cara rawat HFMD
1. Bersih dan cuci rumah anda 
Adalah bagus untuk menggunakan pencuci organik yang bebas bahan kimia. Setelah mendapatkan perkhidmatan doktor, langkah pertama ialah bersihkan lantai, mainan dan perabot dengan pembasmi kuman yang tidak merbahayakan. 
Kak Ja cadangkan guna pembersih serba Guna Basic H dari Shaklee yang organik dan mesra alam. Hanya dengan beberapa titis untuk sebaldi air, lantai anda pasti bersih dan terhindar dari kuman dan virus merbahaya.
2. Cuci semua pakaian dan fabrik
Pakaian yang telah digunakan termasuk semua fabrik cadar, tuala dan sebagainya mesti dicuci. Sebaiknya direndam kedalam air panas terlebih dahulu sebelum dicuci menggunakan mesin. Gunakan Shaklee Fresh Laundry Concentrate

3. Bersihkan tubuh anak
Bersihkan tubuh anak sekerap mungkin sewaktu dia dijangkiti HFMD. Anda boleh juga gunakan Basic H bagi membasmi kuman dan virus ditubuh sikecil. Gunakan tuala bersih dan basahkan dengan air yang telah dititiskan dengan basic H. Insyaallah ia juga boleh menurunkan suhu tubuh ank ketika demam. Jangan risau kerana Basic H ialah organik dan tidak mengandungi bahan kimia. Selamat digunakan kerana ia diperbuat dari kelapa dan juga jagung.

Alternatif lain, boleh gunakan ShakleeBaby Gentle Wash 

4. Sapu krim pada lepuhan dan ruam merah
Satu lagi ikhtiar yang boleh dilakukan bagi mengelakkan jangkitan merebak dan menjadi lebih teruk (minta dijauhkan sehingga merebak ke paru-paru apalagi menjadi radang di otak). Gunakanlah krim serbaguna tanpa paraben dari Shaklee iaitu Herbal Blend Cream. Sapu setiap kali selepas anda membersihkan tubuh sikecil. Insyaallah si kecil juga akan lebih selesa. Krim ini tidak berminyak dan ia akan memberikan rasa segar dan selesa kepada si kecil.

5. Berikan makanan yang meningkatkan imun 
Ini sepatutnya menjadi amalan ibu bapa memberikan makanan sihat dan bernutrisi kepada anak anak bukan hanya sewaktu anak tidak sihat. Imun anak masih lemah tidak sekuat orang dewasa. Sebab itu jangkitan HFMD biasanya berlaku pada kanak kanak yang berusia 7 tahun kebawah. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba memberikan anak anda multivitamin seperti Meals Shakes atau vitamin untuk imun badan seperti OmegaGuard

Jadi,  bagi ibubapa yang ada anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD ini dirumah anda. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan untuk merawat anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat
Apa kata mereka?

Berminat nak dapatkan READY STOK boleh wassup Kak Ja sekarang:

www.wasap.my/60127677266/hfmd

Kelebihan ESP Dalam Penyusuan Anak

Sebut sahaja Energysing Soya Protein (ESP) Shaklee siapa yang tak mengenalinya. Salah satu fungsi ESP adalah menambahkan susu badan.

Bukan sahaja anak yang sihat, malahan ibu juga akan mendapat kesihatan yang berkekalan. Mendapat bentuk badan ideal dan susu yang sangat meriah. Tak percaya? Cer cuba..

Ramadhan hampir tiba, pilihan utama bagi ibu yang menyusukan anak adalah set puasa. Beri tenaga, tetap kekal bertenaga walaupun sedang berpuasa dan menyusukan anak.

Rata-rata ibu yang mengambil ESP, memberi maklumbalas sangat positif. Antaranya mereka yang sedang dalam berpantang tak menghadapi bayi meragam setiap jam kerana lapar, begitu juga selepas habis pantang dan bekerja. Baby cukup tidur dan sangat lena di waktu malam.

Seribu satu fungsi ESP yang dirangkumkan menjadi keutamaan. Ramai yang menjadi ESP Luver semua dalam 1 canister.

ESP boleh diminum dengan 2 cara, samada diminum begitu sahaja atau dicampurkan dengan susu segar rasanya sangat sedap, dicampurkan dengan buah-buahan segar pisang, tembikai, avocado, mangga dan banyak lagi.

Bila bulan puasa, Kak Ja suka syorkan kepada Ibu menyusukan anak, esp diblend atau dicampurkan dengan kurma, kismis atau oat kosong. Rasanya memang power!

TESTIMONI

Banyak testimoni yang Kak Ja perolehi daripada pengguna tegar Shaklee.

1) Meriah sungguh stok susu

2) Dulu nak dapat 2oz pun seksa sekarang, meriah sungguh

Berminat wassup Kak Ja laju-laju dapat FREE GIFT 🎁 tau pembeli terawal.

www.wasap.my/60127677266/esp