Bahaya Penyakit HFMD

HFMD membawa maut?

Tak ramai yang ambil tau apakah sebenarnya penyakit HFMD ini.  Penyakit HFMD diambil daripada singkatan Hand Food Mouth Disease (HFMD).  Disini kak ja sertakan kenyataan daripada Kementerian Kesihatan apa itu HFMD untuk pengetahuan bersama.

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang diambil, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan orang ramai bahawa:

Langkah 1

pencegahan terbaik adalah menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Penularan jangkitan HFMD sangat berkait rapat dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran di mana ia mudah berlaku di tempat sesak serta mutu kebersihan yang rendah.

Langkah 2

Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkan rawatan dan tidak membawa kanak-kanak tersebut ke tempat awam termasuk sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak.

Langkah 3

Pengurus pusat jagaan kanak-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepertimana yang disarankan dalam ‘Garis Panduan Pengendalian Kanak-Kanak di Taska dan Prasekolah’ serta ‘Pelan Tindakan Bersepadu Bagi Mencegah Dan Mengawal Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut’.

Penyakit Kaki Tangan Dan Mulut : Apa Yang Saya Perlu Tahu? – Dr Shaiful Ehsan

Umum mengetahui penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) seringkali terjadi di kalangan kanak-kanak yang mana kebanyakannya akan sembuh dengan sendirinya berserta rawatan sokongan di rumah. Namun baru-baru ini, negara kita digemparkan dengan peningkatan kes tersebut sehingga ke peringkat wabak yang merbahaya. Mengapa ini boleh terjadi? Apakah kita juga berisiko menghidapi penyakit ini?

Apakah penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD)?

Penyakit ini juga dikenali sebagai “Hand, foot and mouth disease” atau singkatannya HFMD iaitu penyakit yang mudah berjangkit di mana pesakit hadir dengan demam berserta dengan bintik-bintik merah dan ruam air, yang akhirnya memecah pada kulit di kaki dan tangan. Ia juga menyebabkan luka dan ulser pada rongga mulut yang mana boleh menyebabkan pesakit berasa sakit untuk menelan dan makan.

Demam yang dikaitkan dengan HFMD selalunya tidak tinggi iaitu tidak melebihi 38.30c. Namun, penyakit HFMD juga boleh berlaku tanpa kehadiran demam. Walaupun ciri-ciri utama HFMD adalah ruam air pada tiga kawasan utama iaitu tangan, kaki dan mulut, namun ianya juga boleh terjadi pada salah satu tempat sahaja. Kebanyakan ruam ini juga akan hilang pada hari ketiga dan keempat bermulanya demam.

Siapakah yang cenderung untuk mendapat jangkitan HFMD?

HFMD mudah merebak di kalangan kanak-kanak dan di tempat awam seperti sekolah dan taska. Namun ianya juga boleh berlaku pada golongan dewasa.

Apakah kuman yang menyebabkan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD)?

Kuman yang menyebabkan berlakunya penyakit HFMD adalah virus yang dikenali dari kumpulan Enterovirus – iaitu kuman virus yang biasanya berada dan merebak melalui lendir daripada saluran pernafasan dan saluran pemakanan manusia. Antara jenis virus yang selalunya menyebabkan wabak adalah dikenali dengan nama “Coxsackievirus A16” and “enterovirus A71”.

Coxsackievirus A16 selalunya meyebabkan penyakit HFMD yang mudah untuk sembuh dengan sendirinya tanpa sebarang komplikasi. Manakala virus Enterovirus A71 selalunya akan menyebabkan kesan jangkitan yang agak teruk seperti demam yang lebih tinggi dan berlarutan serta keadaan badan yang lemah. Ia juga boleh menyebabkan kawasan ruam yang lebih luas dan banyak. Kuman ini juga boleh merebak kepada paru-paru, jantung dan otak yang mana akhirnya boleh membawa kepada kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik. Ini seterusnya akan mengakibatkan kematian.

Berapa lamakah pesakit HFMD dijangka sembuh?

Tempoh kesembuhan dari jangkitan HFMD adalah berbeza-beza. Namun secara umumnya, pesakit akan sembuh dalam tempoh lima hingga 10 hari. Walau bagaimanapun, pesakit akan mudah menyebarkan jangkitan kepada orang lain dalam tempoh tujuh hari pertama menghidapi HFMD.

Bagaimana kuman ini boleh merebak?

Kuman ini boleh merebak melalui lendir-lendir daripada saluran pernafasan dan pemakanan seperti hingus, air liur dan juga najis. Ia juga boleh merebak melalui sentuhan pada kulit yang mengalami ruam air atau luka. Justeru, pesakit yang mengalami gejala-gejala HFMD perlulah di kuarantin di rumah dan tidak melawat atau berada di tempat-tempat awam seperti taska dan sekolah.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengesyaki saya mahupun anak saya mengalami HFMD?

Sesiapa sahaja yang mengesyaki dirinya menghidapai HFMD, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak perlulah berjumpa dengan pihak doktor di klinik dengan segera. Ini kerana pengecaman kes HFMD boleh dilakukan oleh pihak doktor melalui pertanyaan gejala-gejala yang dihidapi dan pada keadaan kulit, mulut dan pemeriksaan badan yang lainnya pada masa itu. Ini adalah penting supaya notifikasi kepada pihak kesihatan dapat dilakukan agar langkah-langkah pengesanan dan pencegahan dapat dijalankan dengan segera untuk mengelakkan wabak daripada berlaku di kawasan tersebut. Notifikasi oleh pihak doktor kepada unit kesihatan akan dilakukan seawal yang boleh dalam tempoh 24 jam.

Adakah darah perlu diambil untuk mengesan jangkitan HFMD?

Pengambilan sampel darah daripada pesakit HFMD kebiasaannya adalah tidak perlu. Ini kerana pihak doktor boleh mengenalpasti penyakit HFMD melalui gejala-gejala yang ada dan keadaan badan pesakit ketika diperiksa. Namun pengambilan sampel seperti dari rongga mulut dan lendir pada ruam adalah penting dalam siasatan oleh unit kesihatan terutama ketika wabak. Pengambilan sampel yang lebih lanjut seperti darah adalah perlu ketika keadaan pesakit adalah teruk atau berbeza daripada kebiasaan HFMD dan juga ketika pesakit dimasukkan ke hospital untuk mengenalpasti jenis virus yang merebak.

Apakah rawatan untuk penyakit HFMD?

Rawatan utama untuk penyakit HFMD secara umum adalah rawatan sokongan di rumah. Iaitu menggalakkan pesakit berehat di rumah dan mengambil air dan makanan secukupnya. Namun, rawatan susulan di hospital adalah perlu jika keadaan pesakit menjadi teruk atau berbeza seperti demam yang terlalu tinggi, lemah, tidak bermaya, tidak lalu makan, muntah berterusan, sawan, nafas menjadi laju atau sesak nafas.

Pesakit juga perlu dimasukkan ke hospital jika tiada sokongan yang cukup di rumah seperti ketiadaan penjaga atau pihak ibu bapa tidak berdaya memberi rawatan di rumah. Justeru itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan cuti khas untuk salah seorang penjaga untuk menjaga anak yang menghidapi HFMD di rumah.

Apakah komplikasi penyakit HFMD?

Keadaan HFMD yang teruk boleh meyebabkan pesakit tidak lalu makan dan kekurangan air. Virus yang merebak dengan pantas juga boleh menyebabkan kegagalan organ dalam berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan kematian. Justeru, pemantauan yang kerap amatlah penting sama ada di rumah atau di hospital.

Adakah terdapat vaksin yang dapat mengelakkan jangkitan HFMD?

Sehingga kini, masih belum terdapat vaksin yang dicipta untuk mencegah jangkitan HFMD. Ianya masih dalam tempoh kajian.

Apa yang saya boleh bantu untuk mengelakkan wabak HFMD daripada berlaku?

Untuk mengelakkan daripada wabak HFMD berlaku, setiap individu mahupun penjaga apabila megesyaki diri atau anak jagaan mereka menghidapi HFMD perlulah berjumpa dengan pihak doktor dengan kadar segera. Mereka juga perlulah mengasingkan diri mereka daripada bercampur gaul dengan orang ramai. Cuti sakit yang diberi perlulah diamanahkan dengan sewajarnya dengan menjaga diri mahupun anak di rumah. Kebersihan diri perlulah dijaga seperti membasuh tangan terutama apabila berjumpa atau mengendalikan pesakit HFMD. Untuk penjaga yang menjaga anak-anak yang lebih kecil, penjagaan kebersihan yang lebih rapi juga perlulah diamalkan terutama apabila membersihkan najis anak dan ketika menukar lampin. Elakkan daripada berkongsi penggunaan sudu, cawan dan barang-barang peribadi yang lain ketika dijangkiti HFMD dan kesemuanya hendaklah senantiasa dibasuh dengan betul sehingga bersih selepas digunakan.

Pihak taska dan pusat jagaan kanak-kanak juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menjalankan saringan bagi memastikan kanak-kanak tiada sebarang tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum mereka dibawa ke pusat jagaan dan dibenarkan bercampur dengan kanak-kanak yang lain. Sekiranya ada kanak-kanak yang dilihat mengalami tanda-tanda jangkitan HFMD, pihak guru atau taska perlulah mengasingkan kanak-kanak tersebut di bilik yang sesuai sehingga pihak ibu bapa atau penjaga datang membawa kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan rawatan. Kebersihan di taska dan di sekolah juga perlulah senantiasa dititikberatkan.

Kesimpulannya, penyakit HFMD adalah penyakit yang mudah berjangkit dan boleh membawa maut sekiranya teruk. Langkah terbaik untuk mencegah penyakit ini daripada menjadi wabak adalah dengan mengamalkan kebersihan oleh semua pihak.

Set Penjagaan dan Pencegahan Shaklee

Bagi set pencegahan Shaklee yang disyorkan adalah:

1. Amalkan kebersihan diri dan tempat tinggal yang baik
  • Basuh tangan sekembalinya dari tempat kerja sebelum memegang anak kecil
  • Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih selepas ke tandas, membersihkan najis bayi,menukar lampin dan sebelum menyediakan makanan.
  • Menutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
  • Membasuh permainan anak, perabot dan lantai dengan cecair pencuci yang mengandungi klorin.
  • Menggalakkan anak-anak membasuh tangan selepas ke tandas,bermain dan sebelum makan.
  • Sentiasa menjaga kebersihan rumah dan persekitaran

2. Elakkan tempat awam

Elakkan dari membawa anak-anak ke tempat awam sekiranya mereka disahkan dijangkiti penyakit HFMD (kuarantin) seperti nurseri, pusat asuhan, taman permainan, pasaraya, pasar, sekolah dan tempat-tempat yang dikunjungi orang ramai.

3. Elakkan hubungan rapat 
Elak sentuhan seperti mencium, memeluk, atau berkongsi pinggan atau cawan dengan orang yang dijangkiti.

4. Kuarantin

Sekiranya HFMD menjangkiti kanak-kanak yang dihantar ke nurseri, tadika, taska atau pusat asuhan adalah dinasihatkan agar tidak dibenarkan ke institusi tersebut sehingga sembuh bagi mengelakkan jangkitan. **(Lebih kurang 10 hari dari hari demam atau sehingga hilang bintik merah pada tangan, kaki dan mulut)
Sekiranya perlu, premis atau institusi perlu ditutup dari tarikh mula sakit pesakit terakhir. Sekiranya berlaku di sekolah,memadai menutup kelas yang terlibat kerana semakin besar kumpulan kanak-kanak,semakin rendah risiko jangkitan.

5 cara rawat HFMD
1. Bersih dan cuci rumah anda 
Adalah bagus untuk menggunakan pencuci organik yang bebas bahan kimia. Setelah mendapatkan perkhidmatan doktor, langkah pertama ialah bersihkan lantai, mainan dan perabot dengan pembasmi kuman yang tidak merbahayakan. 
Kak Ja cadangkan guna pembersih serba Guna Basic H dari Shaklee yang organik dan mesra alam. Hanya dengan beberapa titis untuk sebaldi air, lantai anda pasti bersih dan terhindar dari kuman dan virus merbahaya.
2. Cuci semua pakaian dan fabrik
Pakaian yang telah digunakan termasuk semua fabrik cadar, tuala dan sebagainya mesti dicuci. Sebaiknya direndam kedalam air panas terlebih dahulu sebelum dicuci menggunakan mesin. Gunakan Shaklee Fresh Laundry Concentrate

3. Bersihkan tubuh anak
Bersihkan tubuh anak sekerap mungkin sewaktu dia dijangkiti HFMD. Anda boleh juga gunakan Basic H bagi membasmi kuman dan virus ditubuh sikecil. Gunakan tuala bersih dan basahkan dengan air yang telah dititiskan dengan basic H. Insyaallah ia juga boleh menurunkan suhu tubuh ank ketika demam. Jangan risau kerana Basic H ialah organik dan tidak mengandungi bahan kimia. Selamat digunakan kerana ia diperbuat dari kelapa dan juga jagung.

Alternatif lain, boleh gunakan ShakleeBaby Gentle Wash 

4. Sapu krim pada lepuhan dan ruam merah
Satu lagi ikhtiar yang boleh dilakukan bagi mengelakkan jangkitan merebak dan menjadi lebih teruk (minta dijauhkan sehingga merebak ke paru-paru apalagi menjadi radang di otak). Gunakanlah krim serbaguna tanpa paraben dari Shaklee iaitu Herbal Blend Cream. Sapu setiap kali selepas anda membersihkan tubuh sikecil. Insyaallah si kecil juga akan lebih selesa. Krim ini tidak berminyak dan ia akan memberikan rasa segar dan selesa kepada si kecil.

5. Berikan makanan yang meningkatkan imun 
Ini sepatutnya menjadi amalan ibu bapa memberikan makanan sihat dan bernutrisi kepada anak anak bukan hanya sewaktu anak tidak sihat. Imun anak masih lemah tidak sekuat orang dewasa. Sebab itu jangkitan HFMD biasanya berlaku pada kanak kanak yang berusia 7 tahun kebawah. Walau bagaimanapun anda boleh mencuba memberikan anak anda multivitamin seperti Meals Shakes atau vitamin untuk imun badan seperti OmegaGuard

Jadi,  bagi ibubapa yang ada anak kecil bersiap sedialah dengan set HFMD ini dirumah anda. Bagus untuk mencegah dan juga digunakan untuk merawat anak anda dengan cepat secara semulajadi dan selamat
Apa kata mereka?

Berminat nak dapatkan READY STOK boleh wassup Kak Ja sekarang:

www.wasap.my/60127677266/hfmd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *